Jumaat, 19 Februari 2010

Coretan buat kaum Adam


CORETAN BUAT KAUM ADAM

Wahai kaum Adam,
Adakah engkau sedar,
Kami, kaum hawa mengharapkanmu untuk
Menjadi pelindung diri ini, menjadi pelengkap diri
Menjadi tautan hati, menjadi persona diri kami
Tetapi…
Mengapa engkau sanggup merosakkan
Kaum hawa yang lain..
Untuk memuaskan nafsu kamu itu..
Tidakkah engkau sedar,
Kami mengharapkan engkaulah insan pertama
Yang bertakhta di hati ini..
Tetapi..adakah mungkin..
Kami adalah insan pertama yang bertakhta di hatimu..
Harapan kami agar dirimu mencintai kami..
Kerana ALLAH yang menciptakan perasaan ini..
Bukan kerana hawa nafsumu…
Apabila dirimu mencintaiku kerna hawa nafsu..
Mungkin cinta kita tidak akan berkekalan
Jika cinta kita kekal..
Hanya di dunia…tetapi bukan di akhirat…
Hanya satu persolan untukmu kaum Adam..
Adakah engkau menjaga hatimu buatku..
Sepertimana aku menjaga hatiku buatmu..
Walau kita tidak pernah bersua..
Tetapi aku percaya doa
Yang akan mempertemukan kita satu hari nanti..
Dan aku berharap.
diri kita dipertemukan..
di majlis ilmu yang dipenuhi dengan Rahmat ALLAH..
INSYAALLAH..Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan