Isnin, 23 Julai 2012
Andainya lelaki tahu
Andainya LELAKI tahu
apabila perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya
Andainya LELAKI tahu
Apabila seorang perempuan
mengalirkan air mata
itu bukan tandanya dia lemah
tetapi
Dia sedang mencari kekuatan
untuk terus bertahan
bersama lelaki itu
Andainya LELAKI tahu
Apabila perempuan berkata
Dia mahu anda berubah
bukan bermakna
dia tidak menerima dirimu seadanya
tetapi
dia mahu menjadikan
anda lebih baik
bukan untuk dirinya
tetapi untuk masa depan dirimu sendiri
Kadang2 Perempuan terlalu risau
sekiranya terlalu percaya
mereka akan dikhianati
Naluri keibuannya sangat kuat
Andainya LELAKI tahu
Apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh membuatkan dirinya
rasa dihargai
Andainya LELAKI tahu
Apabila perempuan berkata
ada lelaki lebih baik dari dirimu
itu bukan yang dimaksudkannya
Dia hanya ingin
menguji sejauh mana kamu mampu menjadi
yang terbaik di matanya
Walaupun sebenarnya
kamulah yg terbaik di hatinya
Andai LELAKI tahu
apabila perempuan degil
dia bukn brmaksud mnjadi degil
tetapi
ingin melihat
kesabaranmu melayan karenahnya
Andai LELAKI tahu
apabila perempuan berkata
"tolong tinggalkan saya"
Bukan beerti
meninggalkan untuk selamanya
tetapi
berilah ruang untuk dirinya
menenangkan diri sendiri
Apabila dia kembali tenang
dia sendiri akan datang
kepadamu tanpa perlu
dipujuk atau dirayu
Andai LELAKI tahu
Sememangnya
Allah menciptakan 1001 perbezaan tersendiri
antara lelaki dan perempuan
Tetapi jika mereka saling memahami
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan satu sama lain
*sudahkah kita brjumpa dengan insan yg boleh mlengkapi kekurangan diri??
Langgan:
Catatan (Atom)