Jumaat, 2 April 2010

Ceramah seorang mua'laf sehebat seorang ustaz..

Pada 2/4/2010 telah membuka mataku mengenai kelemahan diriku sebagai seorang islam sejak lahir dengan seorang mua'laf yang baru 2 tahun masuk islam..Kuliah maghrib di surau dari seorang yang aku kenali cukup menarik minatku untuk mendengarnya..Selepas solat maghrib aku terdengar orang memberi ceramah tanpa memakai mkrofon.Jadi, aku pergi lebih dekat untuk mendengarnya..Bila aku mendengar ceramah tersebut, tiba-tiba aku rasa tersentuh.Dia dapat menceritakan mengenai malaikat, nabi Adam, balasan Allah di akhirat, bagaiman bumi ini akan dimusnahkan dan banyak lagi ceramah beliau yang dapat mengingatkan aku..Tiba-tiba menitis sedikit air mataku kerana rasa kerdilnya diri ini. Seorang mua'laf yang baru masuk islam 2 tahun dapat memberi ceramah dengan sangat baik. Tapi aku seorang yang beragama islam sejak lahir tidak dapat menyampaikan dakwah sebaik beliau..Bila nak dibandingkan dengan ilmu. Aku dapat lihat bahawa ilmu islam yang ada pada diri beliau lebih banyak berbanding diriku.YA ALLAH kerdilnya diri ni..Aku harap Allah akan memberi aku petunjuk dan diturunkan nur sama seperti dirinya..INSYAALLAH..Timbul rasa perasaan kagumku sebagai seorang wanita pada dirinya..